Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kurang

Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kurang | Susu ibu sangat istimewa. Susu dari badan ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu makanan terbaik untuk bayi. Itu tidak boleh disangkal. Kolostrum yang dihasilkan pada awal kelahiran bayi oleh ibu, merupakan susu terbaik untuk membekalkan antibodi pada bayi. 

"Susu badan kurang! Apa patut saya buat?"

"Baby kena tahan ward, perlu hantar susu badan tapi bila pam tak mau keluar. Macam mana ni?"

Bukan semua individu dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Masalah susu kurang memang sering berlaku pada ibu lepas bersalin. Jadi adakah cara banyakkan susu badan?

cara-tambah-susu-badan

Pengalaman Menyusu Badan 6 Orang Anak Sehingga Anak Usia 2 Tahun

Saya salah seorang ibu yang fokus beri anak dengan susu ibu sepenuhnya. Saya beri susu badan pada 6 orang anak tersayang. Alhamdulillah. Saya berjaya susukan setiap anak dari hari pertama lahir sehingga usia mereka genap 24 bulan (2 tahun).

Sebagai seorang ibu yang menyusukan, boleh rasa tertekan bila lihat susu badan sendiri tak keluar banyak. Takut kalau bayi tak cukup susu. Risau kalau khasiat dari susu ibu di badan sendiri tak boleh di beri pada bayi.

Disebabkan itu, saya cukup faham perasaan ibu-ibu ketika susu kurang. Boleh tertekan dibuatnya. Risau semacam. 

Apakah supplement tambah susu badan yang terbaik? 

Apakah ada cara tradisional tambah susu badan dengan cepat? 

Apakah jenis minuman, makanan dan sayur tambah susu badan ni? 

Suami sendiri ikut cari info hingga sanggup keluar duit lebih beli makanan itu dan ini buat isteri demi untuk baby tersayang.


BACA JUGA 

Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kurang 

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk banyakkan susu badan. Cara ini boleh bantu tambah susu badan ibu tanpa perlu bergantung pada ubat tambah susu badan di farmasi. 

Tips ini boleh dikategorikan sebagai cara tradisional tambah susu badan yang boleh anda amalkan di rumah. 

Kebanyakan dari tips ini adalah hasil perkongsian oleh jururawat penasihat penyusuan dari klinik kesihatan tempatan dan dari pengalaman saya sendiri.

1. Jangan Panik, Sentiasa Berfikiran Positif

Ibu-ibu kena sedar yang susu badan ini akan dihasilkan oleh tubuh ibu itu sendiri. Ibu jangan panik kerana masalah susu badan kurang ini memang sering berlaku pada ibu selepas melahirkan anak. 

Ibu perlu sentiasa berfikiran positif supaya otak dan badan boleh menjadi lebih relaks. Jika selalu risau dan panik, bagaimana otak nak hantar isyarat pada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dengan baik. 

2. Lakukan Urutan Tambah Susu Badan 

Teknik urutan sangat bagus untuk lancarkan pengeluaran susu ibu. Ia juga dapat memecahkan biji susu yang tersumbat. Boleh rujuk video di bawah ini sebagai panduan untuk lakukan urutan tambah susu badan ibu ini dengan betul.



3. Kerap Perah Susu (Pam dan Simpan)

Konsep kerap pam dan simpan ini dikenali sebagai 'supply and demand '. 

Pengalaman dari saya sendiri yang telah berjaya menyusu semua 6 orang anak dengan susu badan sepenuhnya sebelum ini, lebih banyak anak menyusu maka lebih banyak susu dihasilkan. 

Walau susu keluar sedikit, ibu perlu terus usaha untuk pam supaya proses penghasilan susu akan menjadi lebih laju. 

Susu yang telah di pam, jangan dibuang. Simpan dalam bekas susu khas. Untuk tahan lebih lama, boleh simpan susu di dalam peti sejuk. Panduan bagaimana nak simpan dan panaskan susu badan ibu untuk beri pada baby, saya akan kongsikan di dalam artikel berikutnya. InshaAllah.

cara-tambah-susu-badan

4. Banyakkan Minum Air Kosong

Kandungan utama susu badan adalah air, oleh itu kekurangan air dalam badan harus dielakkan. Ibu perlu banyak minum air kosong untuk tambah kandungan air dalam badan. 

5. Elak Makan Makanan Perenjat Penghasilan Susu Badan

Makanan yang boleh merenjat penghasilan susu badan perlu dielakkan juga. Antara makanan yang boleh mengganggu proses melancarkan susu badan ini seperti kobis, parsley dan oregano. 

Minuman berasaskan koko juga dikatakan boleh menganggu proses penghasilan susu ibu.

6. Jangan Makan Makanan Pedas dan Berempah 

Ibu yang berhasrat untuk beri susu badan pada bayi, perlu jaga makan. Jangan terlalu ikut nafsu ingin makan itu dan ini sesuka hati. 

Contohnya, makanan terlalu pedas dan berempah perlu dielakkan kerana dikhuatiri tidak bersesuaian dengan sistem penghadaman si comel. Apa yang ibu makan, itu yang akan ada di dalam susu badan tersebut. Hati-hati. Fikir dulu sebelum makan. 

7.  Amalkan Makanan Yang Berkhasiat

Susu ibu yang bagus adalah susu badan yang berkhasiat. Jika ibu tidak makan makanan yang berkhasiat, bagaimana susu ibu boleh dihasilkan dengan kandungan nutrisi yang tinggi untuk di serap oleh tubuh badan bayi nanti? 

Makanan Untuk Tambah Susu Badan Semasa Pantang

Makanan perangsang susu semulajadi yang terdiri daripada buah–buahan dan sayur-sayuran sangat bagus diamalkan. 

Antara sayur dan buah tambah susu badan ini adalah seperti :

  • kurma
  • kismis
  • habbatusauda/jintan hitam
  • halba
  • delima
  • kurma merah (kurma cina)
  • sayur sawi
  • oat
  • madu

makanan-tambah-susu-badan


Jenis Air Tambah Susu Badan Semasa Pantang

Minuman perangsang susu untuk ibu juga ada. 

Antara jenis minuman untuk tambah susu badan ibu adalah :
  • air kosong 
  • susu kambing
  • susu lembu 
  • susu kurma
  • air madu
  • rebusan air halba

Ada lagi jenis minuman dan makanan penggalak susu yang lain, tapi tak semua sesuai untuk ibu makan semasa dalam pantang. 

Resepi Milk Booster Homemade : Minuman Tambah Susu Badan Selepas Bersalin 

1. Resepi Air Madu

Untuk minuman tambah susu badan ini, anda boleh minum segelas air suam yang dicampurkan madu dan minum ketika perut kosong.

2. Resepi Susu Kurma Ajwa

Ini salah satu cara tambah susu badan dengan berkesan. Minuman milkbooster sihat ini hanya menggunakan 3 bahan semulajadi yang berkhasiat tanpa sebarang bahan campuran lain.

minuman-tambah-susu-badan


Bahan-bahan :
  • 7 biji kurma ajwa 
  • 1 cawan air kosong panas
  • 2 cawan susu segar 

Cara Buat Susu Kurma :

1. Belah kurma dan keluarkan bijinya

2. Rendam isi kurma dalam air panas dan rendamkan kurma selama 10 hingga 15 minit. 

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam blender (pengisar). Masukkan sekali susu segar.

4. Kisar sehingga hancur

5. Tuang ke dalam gelas dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

Seronok Lihat Susu Meriah Lepas Makan Kurma Ajwa Asli dari Madinah

Kurma Ajwa yang juga dikenali dengan nama Kurma Nabi merupakan kurma yang sangat baik. Untuk ibu-ibu yang sedang menyusu, kurma ajwa boleh dijadikan salah satu ikhtiar cara banyakkan susu badan secara selamat.

Ramai yang dah cuba. Ramai juga yang dah berjaya. 

kurma-tambah-susu-badan

kurma-ajwa-tambah-susu-badan

kurma-nabi-tambah-susu-badan


Sejarah Kurma Ajwa Asli Madinah

"Kenapa Kurma Ajwa disebut sebagai kurma nabi? Apa sebabnya?"

Kurma Ajwa pertama kali ditanam oleh Rasulullah SAW. Lokasinya di tanah bersebelahan dengan Masjid Quba, Madinah. Pada masanya, Rasulullah SAW selalu makan kurma tika berbuka puasa. 

Adapun begitu, nama Ajwa di ambil dari nama anak kepada Salman Alfarisi, seorang Nasrani yang akhirnya memeluk agama Islam dan mewakafkan kebun kurmanya di jalan Islam untuk perjuangan Islam. 

Sebagai penghargaan dan untuk mengenang jasa-jasanya itulah, Rasulullah SAW akhirnya menamakan kurma yang sering dimakannya ketika berbuka puasa dengan nama kurma ajwa.

Inilah sejarah kenapa kurma ini dinamakan kurma ajwa yang juga disebut dengan nama Kurma Nabi hingga ke hari ini.


Read This : 


cara-tradisional-tambah-susu-badan


Kelebihan Kurma Ajwa Kami Berbanding Ajwa Lain

1) Ajwa Asli dari Madinah 100% / Original tanpa was-was 

2) Tak risau kurma ajwa palsu lagi, banyak kurma ajwa claim dari Madinah tapi sbenarnya pokok yaman/iran. Rihura 100% dari Madinah, Saudi Arabia 

3) Pembekal kurma Ajwa Rihura adalah berpengalaman sejak 1990-an lagi dan mempunyai ladang kurma Ajwa sendiri di Madinah. 

4) Kurma Ajwa Rihura tak terlalu kering seperti di pasaran luar, stok terbaru dari Madinah berbanding pembekal lain. 

5) Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura moist, lembab dan sedap. Tak terlalu manis macam kurma lain. 

6) Sesuai untuk ibu mengandung, ibu hamil, individu nak diet, ingin makanan yang cepat kenyang, ingin cegah gangguan sihir/saka/gangguan umum dalam diri.

Berminat nak cuba kurma ajwa asli Madinah untuk banyakkan susu badan? Boleh beli secara terus di Shopee melalui pautan bawah. 


cod-kurma-ajwa


Kesimpulan

Jika ada penjualan susu ibu di pasaran rasanya, ramai pilih beli susu ibu berbanding susu formula. Tapi mana mungkin kan? Susu ibu ini boleh berkait dengan agama. Ada hukum hakamnya. 

Bagi Mama yang masih menyusu badan, aspek utama yang harus dijaga adalah diet kita. Sebab itu perlu ambil makanan tambah susu badan. 

Bukannya tak boleh makan supplement tambah susu badan yang ada dijual di farmasi dan sebagainya. Tapi ibu perlu faham yang pengambilan produk supplemen bagi menambah susu badan semata-mata, tidak boleh diharap sepenuhnya kerana yang lebih penting ibu perlu mengambil sajian berkhasiat.

Soal pemakanan jangan ibu pandang remeh. Ibu berpantang perlukan zat dan nutrisi lengkap untuk fit sebagai ibu menyusui anak.

Lagi bagus jika amalkan makan makanan bernutrisi tinggi sejak dari anak dalam kandungan. Susu ibu boleh dihasilkan dengan lebih baik jika ibu jaga makan dari awal.


Jemput join :

Group Telegram Rasmi πŸ‘‰ Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi πŸ‘‰ Info Ibu Hamil & Baby Malaysia


0 Comments