Kurma Yang Disebut Dalam AlQuran dan Hadis

Di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak menyebutkan tentang kurma. Buah kurma dapat dimanfaatkan untuk ubat kesihatan, makanan, minuman dan penyembuh. Tahukah anda, Kurma ada disebut sebagai penyembuh untuk sihir juga. 

Di sini saya kongsikan beberapa ayat berkaitan Kurma yang disebut dalam AlQuran dan beberapa ayat dari maksud Hadis untuk bacaan kita bersama.


kurma-dalam-alquran


Sumber Al Quran

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
[Al-An'aam : 141]

(Dan Dialah yang menjadikan) yang telah menciptakan (kebun-kebun) yang mendatar di permukaan tanah, seperti tanaman semangka (dan yang tidak terhampar) yang berdiri tegak di atas pohon seperti pohon kurma (dan) Dia menjadikan (pohon kurma dan tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya) yakni yang berbeda-beda buah dan bijinya baik bentuk maupun rasanya (dan zaitun dan delima yang serupa) dedaunannya; menjadi hal (dan tidak sama) rasa keduanya (Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah) sebelum masak betul (dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya) dengan dibaca fatah atau kasrah; yaitu sepersepuluhnya atau setengahnya (dan janganlah kamu berlebih-lebihan) dengan memberikannya semua tanpa sisa sedikit pun buat orang-orang tanggunganmu. (Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan) yaitu orang-orang yang melampaui batas hal-hal yang telah ditentukan bagi mereka.





{فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (23) فَنَادَاهَا مِن تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا (24) وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25)}
[مريم : 23-25]

( 23 )   (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
( 24 )   Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
( 25 )   Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
(Surah Mariam : 23-25)



BACA JUGA 

HADIS DAN RIWAYAT TENTANG BUAH KURMA 


1. Sabda Rasulullah s.a.w. : 
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”

2. Daripada Abu Musa r.a. katanya:  “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”


3. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.”


4. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :  “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : 
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”

5. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air” (Hadis riwayat Ahmad)

6. Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi)

*Kajian saintifik terbukti menunjukkan kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia, bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara.

7. Rasulluallah bersabda: Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi,  “Hadits Hasan Shahih”)

8. Rasulullah s.a.w  bersabda: 
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan membuat penghuninya lapar."

Daripada Aisyah bahawa Nabi s.a.w.  bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pada kurma Ajwah yang berkualiti terdapat ubat atau ia seperti air liur seseorang yang baru bangun tidur" (riwayat Muslim) 

Menurut riwayat sahih juga bahawa rasulullah s a.w,  biasa memakan kurma dengan keju,  atau memakannya dengan roti,  dan terkadang memakannya begitu sahaja.

9. “Daripada Aisyah bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: kurma Ajwah berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." (riwayat al-Tirmizi)

10. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:  “Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak”


Sumber : Google 


Jemput join :

Group Telegram Rasmi 👉 Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi 👉 Info Ibu Hamil & Baby Malaysia


0 Comments