Kisah Sejarah Buah Kurma Ajwa Ada Kaitan Dengan Nabi

Kisah Sejarah Buah Kurma Ajwa Ada Kaitan Dengan Nabi | Kurma merupakan salah satu jenis tanaman yang cukup dikenali oleh umat Islam. Sejak dari mula tanaman ini kita sudah biasa dengar kerana ada disebut dalam Al-Quran. 

Kurma adalah buah yang berasal dari tanaman jenis pohon palma. Sejarah bermulanya kurma yang asli berasal dari tanah Arab. Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa menduduki tempat yang teratas.

Kurma Ajwa dianggap sebagai buah kurma yang terbaik di dunia bagi Muslim kerana kurma ini mempunyai berbagai khasiat dan ada kaitan dengan Nabi Muhammad SAW.

kurma-ajwa-kurma-nabi
Kisah Sejarah Buah Kurma Ajwa 


Kenapa Buah Kurma Ajwa Dikatakan Berasal Dari Syurga?

Kisah dan asal usul kurma Ajwa berkait rapat dengan Rasulullah SAW.  Bagaimana boleh munculnya buah kurma ini, diceritakan pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian rupa, sangat merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk Rasul kesayangan-Nya berbuka puasa.

Lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Pohon kurma Ajwa pertama kali ditanam oleh Rasulullah SAW ini, lokasinya di tanah bersebelahan dengan Masjid Quba, Madinah. 

Masjid Quba (Masjid Quba' atau Masjid al-Quba, bahasa Arab: مسجد قباء) di kawasan terpencil Madinah di Arab Saudi adalah masjid tertua di dunia. 

Batu pertamanya diletakkan oleh nabi Islam Muhammad semasa hijrahnya dari kota Mekah ke Madinah dan masjid itu telah disiapkan oleh para sahabatnya.

Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Sekitar 14 abad yang lampau, masa itu jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.

Dan di maklumkan juga kurma Ajwa yang paling sedap dan berkhasiat buahnya adalah dari kurma Ajwa yang ditanam di tanah Madinah itu sendiri. 

sejarah-kurma-ajwa
Masjid Quba 

Rasulullah SAW Beri Nama Kurma Ajwa Sempena Seseorang 

Untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini lagi, buah kurma ajwa yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri dan mendapat nama 'Ajwa' sempena memperingati seseorang. 

Menurut sejarah, nama Ajwa yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW terhadap buah kurma ini ada kaitan dengan Salman Alfarisi. 

Ajwa berasal dari kata 'Ajwah' yang merupakan nama seorang anak dari Salman Alfarisi, seorang nasrani yang akhirnya memeluk agama Islam dan mewakafkan kebun kurmanya di jalan Islam untuk perjuangan Islam. 

Sebagai penghargaan dan untuk mengenang jasa-jasa Salman Alfarisi itu, Rasulullah SAW menamakan buah kurma itu sebagai Ajwa dan nama ini kekal hingga sekarang. 

Berdasarkan kisah sejarah ini, kurma ajwa turut dikenali sebagai kurma nabi.


BACA JUGA 


Kurma Ajwa Menjadi Kegemaran Rasulullah SAW Ketika Berbuka Puasa

Rasulullah SAW selalu makan kurma Ajwa saat berbuka puasa. 

Sabda Rasullullah SAW; "Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.  (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)


Manfaat Buah Kurma Ajwa Asli Madinah Sangat Tinggi 

Dalam Al Quran dan hadis Nabi disebutkan manfaat makan kurma. Rasulullah SAW menganjurkan bagi para isteri yang mengandung untuk makan buah kurma. 

Alasannya, dengan amalan makan buah kurma Ajwa ini InshaAllah anak yang akan dilahirkan kelak menjadi anak penyabar, bersopan santun serta cerdas. Dulu, makanan Siti Maryam takkala melahirkan Nabi Isa AS adalah buah kurma.

Ahli kedoktoran zaman kini turut bersetuju yang buah kurma ajwa ini sangat berkhasiat dan bagus untuk diamalkan oleh ibu hamil dan ibu menyusu. 

Kurma memiliki banyak khasiat untuk kesihatan. Selain mengandung vitamin A, kurma juga mengandung kalsium dan zat besi.

Dalam buah kurma Ajwa ada unsur zat besi dan kalsium yang sangat berguna untuk membentuk janin dan menambah kandungan air susu ibu. 

Khasiat dalam kurma Ajwa dapat membantu pertumbuhan anak-anak dan sumsum tulangnya akan berkembang dengan baik.


10 Manfaat Kurma Ajwa Pada Tubuh Manusia 

1. membantu beri khasiat kepada janin dalam kandungan untuk membentuk dengan baik

2. memberi tenaga pada tubuh badan 

3. menambah susu badan untuk ibu yang menyusui bayi

4. melancarkan saluran pencernaan

5. meningkatkan daya tahan tubuh badan

6. menstabilkan tekanan darah

7. menjaga kesihatan jantung

8. mencegah diabetes

9. menjaga kesihatan tulang

10. mencegah anemia


Rasulullah SAW Ada Bersabda, Kurma Ajwa Juga Bagus Untuk Racun 

Dikisahkan, Rasulullah SAW, mengajurkan seseorang untuk makan 7 (tujuh) butir buah kurma Ajwa setiap pagi dan saat berbuka puasa bila berpuasa.

Amalan makan tujuh biji kurma setiap pagi ini boleh membantu untuk bantu atasi masalah berkaitan racun dan sihir. 

Nabi Muhammad SAW sendiri sering makan buah kurma Ajwa ini untuk mendapatkan khasiatnya. 

Sabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu;. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. 

Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ajwa asli dari Madinah ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.


Harga Kurma Ajwa Asli dari Tanah Madinah di Malaysia

Keistimewaan kurma Ajwa dibandingkan dengan kurma jenis lain adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya.

Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma Ajwa itu sendiri. 

Maka tidak hairanlah kenapa harga kurma Ajwa ini agak mahal tinggi. Di Arab Saudi sendiri, harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 hingga 80 riyal per kg. Di Malaysia harga kurma Ajwa mencecah RM 80.00 hingga RM 120.00 per kg mengikut mutu buah yang dijual. 


Hati-Hati Dengan Buah Kurma Ajwa Palsu

Tahukah anda, di pasaran turut ada buah kurma Ajwa palsu. Buah kurma ini bukannya dari pohon yang ditanam di tanah Madinah sebaliknya di tanam di negara lain seperti Iran dan Yaman.

Ada baiknya anda berhati-hati ketika membeli kerana keistimewaan buah kurma Ajwa ini terletak pada asal usul sejarahnya tadi. 


Kelebihan Buah Kurma Ajwa Kami Berbanding Yang Lain 

buah-kurma-ajwa-asli-madinah


1) Ajwa Asli dari Madinah 100% / Original tanpa was-was 

2) Tak risau kurma ajwa palsu lagi, banyak kurma ajwa claim dari Madinah tapi sbenarnya pokok yaman/iran. Rihura 100% dari Madinah, Saudi Arabia 

3) Pembekal kurma Ajwa Rihura adalah berpengalaman sejak 1990-an lagi dan mempunyai ladang kurma Ajwa sendiri di Madinah. 

4) Kurma Ajwa Rihura tak terlalu kering seperti di pasaran luar, stok terbaru dari Madinah berbanding pembekal lain. 

5) Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura moist, lembab dan sedap. Tak terlalu manis macam kurma lain. 

6) Sesuai untuk ibu mengandung, ibu hamil, individu nak diet, ingin makanan yang cepat kenyang, ingin cegah gangguan sihir/saka/gangguan umum dalam diri.

Berminat nak cuba kurma ajwa asli Madinah untuk dapatkan khasiatnya? Boleh beli secara terus di Shopee melalui pautan bawah. 


cod-kurma-ajwa

Kesimpulan 

Itulah dia kisah dan asal usul kurma Ajwa. Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini ada kaitan yang sangat rapat dengan Nabi Muhammad SAW sendiri. 

Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman. Kurma Ajwa atau Kurma Nabi ini turut memiliki tekstur yang halus saat dimakan. Jenis kurma ini sangat disukai oleh Nabi Muhammad SAW. 


Rujukan : Shafiqolbu


Jemput join :

Group Telegram Rasmi 👉 Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi 👉 Info Ibu Hamil & Baby Malaysia



0 Comments