Cara Bezakan Kurma Ajwa Asli Dan Palsu Dengan Mudah

Cara Bezakan Kurma Ajwa Asli Dan Palsu Dengan Mudah | Pernah makan kurma ajwa? Jika ya, anda salah seorang yang bertuah kerana dapat merasa keunikan salah satu jenis kurma yang terkenal. Kurma Ajwa turut dikenali sebagai Kurma Nabi. 

Kurma Ajwa atau Kurma Nabi ini salah satu jenis kurma premium yang sangat digemari oleh umat Islam diseluruh dunia. 

Kurma ini menjadi pilihan utama kerana ia ada sejarah dengan Nabi Muhammad SAW sendiri. Selain itu, keunikan kurma ajwa ini adalah pada rasanya yang unik dan khasiatnya yang sangat banyak. 

Sayangnya, ada pihak telah mengambil kesempatan atas keistimewaan kurma ajwa ini hingga muncul kurma ajwa palsu di pasaran.

Macam mana nak tahu kurma ajwa asli atau palsu?

Bagaimana nak bezakan antara kurma ajwa asli dan kurma ajwa palsu ini?

Di sini saya kongsikan ciri-ciri kurma ajwa asli sebenar dan bagaimana nak bezakan antara kurma ajwa original dan bukan. 

4 Tips Mudah Cara Bezakan Kurma Ajwa Asli Dan Palsu

1. Warna

Cara pertama untuk membezakan antara kurma ajwa asli dengan kurma ajwa palsu adalah pada warnanya.

Kurma Ajwa Asli : Memiliki warna coklat gelap kehitaman. Warna kurma ajwa akan jauh lebih gelap dengan kurma biasa yang berwarna cokelat dan coklat tua. Memang ada kurma biasa yang juga berwarna hitam tapi itu disebabkan oleh proses pemeraman dengan gula. 

kurma-ajwa-asli

Kurma Ajwa Palsu : Biasanya warna tidak gelap seperti kurma ajwa asli, warna kurma ajwa palsu hampir sama saja warnanya dengan kurma ajwa biasa. 

beza-kurma-ajwa-asli-dengan-kurma-palsu

2. Tekstur

Perhatikan pada tekstur buah pada bahagian kulit, isi dan bijinya. 

Kurma Ajwa Asli : Kulit buah kurma ajwa asli memiliki banyak kerutan. Tesktur buah yang segar dan masak ranum dari pokok masih ada. 

ciri-kurma-ajwa-asli-madinah

Kurma Ajwa Palsu : Ada banyak jenis buah kurma di pasaran. Beza buah kurma jenis lain dengan buah kurma ajwa asli, ada antaranya yang terasa masir (seakan berpasir) saat dikunyah. 

Ada juga buah yang keras kerana sudah tua ketika di jual. Selain itu ada juga buah kurma yang kering kerana sudah tidak segar lagi.

kurma-ajwa-asli-dan-palsu


3. Rasa

Cara kedua untuk membezakan kurma ajwa asli dan palsu dapat diketahui melalui rasanya. Jika peniaga
beri izin, ambil sebiji dan rasa. 

Kurma Ajwa Asli :  Kurma ajwa yang asli memiliki rasa yang tidak terlalu manis. Hanya manis-manis buah dan ada sedikit rasa 'asam'. Saat makan boleh dirasa tekstur buah ketika mengunyah. Rasanya enak dan cair di mulut. 

harga-kurma-ajwa-1kg

Kurma Ajwa Palsu : Mempunyai rasa yang agak manis dan hampir sama dengan rasa buah kurma biasa. 

kurma-ajwa-terbaik


4. Bentuk Biji Kurma 

Kurma Ajwa Asli : Bijinya bujur tidak tajam.

Kurma Ajwa Palsu : Panjang dan tajam di atas. 

biji-buah-kurma-ajwa
biji buah kurma ajwa


beza-biji-buah-kurma-ajwa-dengan-kurma-lain
biji buah kurma jenis lain


5. Harga

Cara terakhir untuk bezakan ke dua-dua jenis kurma ini (ajwa asli atau palsu) adalah harga.

Harga Kurma Ajwa Asli : dalam pasaran Malaysia harga untuk buah kurma ajwa asli sekitar RM80 hingga RM100+ per kg. 

Harga Kurma Ajwa Palsu : harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Ada yang murah terlajak hingga berkali-kali ganda dari harga kurma ajwa sebenar. 


Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kurma Ajwa Palsu Ini Sebenarnya 

Terdapat beberapa perkara yang dikaitkan dengan kurma ajwa palsu di pasaran. Antaranya :

1. Ada pedagang nakal yang memalsukan buah kurma Ajwa asli dengan yang palsu. Caranya dengan mencampur kurma ajwa dengan kurma jenis lain.

2. Ada peniaga benar-benar jual kurma jenis Ajwa tetapi buah gred terbaik telah dicampurkan dengan buah gred berkualiti rendah.

3. Kurma ajwa gred biasa (normal size) di jual dengan mengatakan itu gred VIP atau gred Jumbo.

4. Ada peniaga jual kurma ajwa tetapi keras kerana buah kurma ajwa itu sudah tua atau sudah tidak segar lagi. Stok lama.

5. Ada peniaga mengaku menjual buah kurma ajwa dari Madinah tapi rupanya stok buah dari negara lain seperti Yaman, Iran dan sebagainya. 


Ciri-Ciri Istimewa Kurma Ajwa Asli Madinah Berbanding Kurma Lain 

Menurut IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-347Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwa merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. 

Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwa adalah daripada jenis kurma yang baik. 

Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwa adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah. Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwa termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya.

Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwa merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. 

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwa Madinah adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan harum. 

Kenapa Perlu Utamakan Beli Kurma Ajwa Asli Dari Madinah?

Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwa pada waktu pagi. 

Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]


Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :

مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]


Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwa. 

Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwa itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]


Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.7 Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa yang patut anda ketahui

Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa Yang Patut Anda Ketahui 

1. Disebut dalam Hadis 

Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ

Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].
Disebabkan hadis yang cukup popular ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.


2. Sumber Antioksidan

Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. 

Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

3. Melindungi dari jangkitan penyakit 

Kurma Ajwa kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berfungsi untuk membantu melindungi tubuh daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang.

4. Khasiat yang sangat banyak untuk ibu hamil dan menyusu 

Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Terutama dibulan puasa, ibu hamil dan menyusu perlu mengamalkan kurma untuk kekal bertenaga.

Kini, ramai yang kongsikan resipi berkaitan kurma seperti jus kurma, susu kurma, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya yang sangat berkhasiat untuk ibu hamil dan menyusu.

Secara saintifiknya, Journal of Environmental & Analytical Toxicology juga mendapati bahawa kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.

5. Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes

Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

6. Melancarkan Penghadaman 

Selalunya ketika bulan puasa, ramai yang mudah terkena sembelit atau sukar menghadam makanan. Ini kerana kekurangan air dalam tubuh dan waktu makan yang berubah.

Jadi, amat digalakkan untuk mengamalkan kurma ajwa pada bulan puasa kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik. Secara tidak langsung masalah sembelit dapat diatasi.

Mari Dapatkan Buah Kurma Ajwa Original Asli Tanam di Tanah Madinah

testimoni-kurma-ajwa-almadinah

testimoni-kurma-ajwa-terbaik

kurma-ajwa-premium

kurma-ajwa-khasiat


Ciri-Ciri Kurma Ajwa Dari Kami  

  1. Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
  2. Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  3. Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
  4. Buah segar dan terbaru (hand pickup dari ladang di tanah Madinah)
  5. Kami tak peram kurma lama-lama, jenama Kurma Rihura ni beza dia, kurma tu memang kita bawakan fresh dan terbaru.
  6. Kualiti premium, dijamin dan terbaik
  7. Saiz BESAR, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda
  8. Packaging menarik mudah simpan
  9. Sesuai dijadikan gift set/hadiah
  10. Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya
  11. Trusted dan dipercayai
  12. 1001 khasiat terbaik diantara semua jenis kurma
  13. Membantu menyembuhkan sihir dan racun dari tubuh.
  14. Digelar kurma Nabi dan kegemaran ramai

Kurma Ajwa kami dijual dengan mengikut timbangan berat. Ada kurma ajwa 1kg, kurma ajwa 500 gram, kurma ajwa 300 gram, kurma ajwa 200 gram dan kurma ajwa 100 gram. 

Harga serendah RM10 hingga RM90 untuk 1 kg. Boleh beli ikut kehendak masing-masing. 

Urusan jual beli melalui aplikasi Shopee. 

cod-kurma-ajwa

Kesimpulan 

MasyaAllah, istimewa sungguh buah kurma Ajwa al Madinah ini. Patutlah kurma ajwa atau dikenal juga dengan kurma nabi adalah salah satu jenis kurma yang terkenal. Kerana memiliki banyak khasiat, kurma ajwa ini banyak digemari di sana sini.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat membezakan kurma ajwa asli dan palsu. Ciri-ciri kurma ajwa asli memang berbeza dengan kurma yang lain. 

Kurma nabi palsu boleh ada kerana ramai yang tahu akan khasiat buat kurma ajwa ini. 




Jemput join :

Group Telegram Rasmi 👉 Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi 👉 Info Ibu Hamil & Baby Malaysia



0 Comments