Panduan Perah Dan Cara Simpan Susu Badan Ibu Dengan Betul

Panduan Perah Dan Cara Simpan Susu Badan Ibu Dengan Betul | Bagi ibu yang memerah susu badan untuk diberikan pada anak tersayang, adalah sangat penting untuk tahu cara perah dan cara simpan susu ibu dengan betul. Ini bagi memastikan susu perahan kekal baik dan masih elok ketika di beri pada bayi. 

Ibu boleh perah menggunakan pam pemerah susu. Untuk cara penyimpanan susu ibu, ada beberapa cara untuk menyimpan susu ibu ini supaya tahan lama. Cara simpan susu badan dengan cara betul ini turut dapat mengekalkan nutrien khasiat di dalam susu ibu itu sendiri. 

Jika ibu-ibu masih rasa tidak tahu cara mengepam susu dan cara untuk ibu-ibu buat penyimpanan susu badan dengan betul, boleh gunakan info di sini sebagai panduan cara penyimpaan susu yang betul. 

cara-simpan-susu-ibu
Panduan Perah Dan Cara Simpan Susu Badan Ibu Dengan Betul

5 Panduan Perahan 

Susu ibu mengandungi spesifikasi biologi. Amaun nutrien yang tekandung di dalam susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan tubuh badan. Mengepam susu badan dapat memastikan anak tetap akan mendapat mengambil susu ibu. 

Tetapi adakah anda tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul? 

Antara perkara yang perlu dititik beratkan semasa memerah susu ibu ini adalah : 

1. Susu perahan perlu dipastikan kebersihannya. Sebagai ibu, anda mesti sentiasa ingat untuk membersihkan tangan dan payudara anda sebelum memerah susu.

2. Jika memerah susu menggunakan pam, pastikan pam yang akan digunakan itu sudah dicuci dan dikeringkan terlebih dahulu.

3. Semasa memerah susu, anda seharusnya tidak melakukan perkara lain yang melibatkan sentuhan tangan yang boleh mendatangkan kotoran. 

4. Kemudian, semasa proses penyimpanan susu, pastikan botol yang digunakan untuk menyimpan susu berada dalam keadaan bersih. 

5. Jika menggunakan plastik, pastikan ianya baru. Plastik simpanan susu tidak boleh dikitar semula.


Panduan Cara Simpan Susu Ibu 

Susu ibu mempunyai tempoh kesegaran yang berbeza mengikut cara dan tempat ia disimpan. Di sini kami kongsikan cara simpan susu ibu yang betul. 

1. Terdapat beberapa tempat yang boleh djadikan sebagai stor menyimpan susu. Yang pertama ialah peti sejukbeku (deep freezer). 

2. Peti sejukbeku ini dicipta hanya untuk bahan-bahan yang boleh atau perlu disimpan beku sahaja seperti daging, ayam, ikan, serta makanan beku yang lain. 

3. Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejukbeku ini boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan. Selain itu, peti ais juga boleh dijadikan tempat untuk menyimpan susu perahan. Lebih besar kapasiti muatan peti ais tersebut, lebih banyak susu yang boleh disimpan. 

4. Cara penyimpanan adalah berbeza mengikut jenis peti ais. Untuk peti ais satu pintu, susu perahan boleh bertahan selama lebih kurang 2 minggu di dalam peti sejuk beku yang biasanya di sebelah atas. 

5. Jika peti ais anda mempunyai bahagian sejuk beku yang berasingan pintunya, susu perahan dapat disimpan Antara 3 hingga 4 bulan.

6. Ibu yang memerah susu di pejabat, boleh terus menyimpan susu perahan di dalam ‘cooler bag’. Cooler bag boleh digunakan sebagai salah satu cara simpan susu ibu bekerja yang tidak punya peti ais di tempat kerja. 

Susu perahan yang disimpan di dalam ‘cooler bag’ yang terdapat pek ais akan bisa bertahan selama 24 jam. 

Contoh Bekas Simpan Susu Ibu

bekas-simpan-susu-ibu
Botol dan bekas plastik (zip lock)

bekas-simpan-susu-ibu
Cooler bag

Info Tambahan Berkaitan Panduan Penyimpanan Susu Ibu

Selain daripada mengambil tahu perihal tempoh simpanan dan tempat menyimpan susu perahan, anda juga perlu menitikberatkan beberapa perkara di bawah dalam proses penyimpanan susu perahan.

1. Letakkan susu perahan anda di bahagian paling dalam di dalam peti sejuk atau peti sejukbeku. 

2. Elakkan dari meletakkan susu perahan di bahagian pintu peti ais. Ini adalah untuk mengekalkan suhu susu tersebut. 

3. Hindari dari mencampurkan bahan basah anda yang lain seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya dengan susu perahan. Bau dari bahan basah tersebut akan mempengaruhi susu perahan dan dikhuatiri tidak sedap dinikmati oleh bayi anda. 

6. Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Kualiti susu dan nutriennya kemungkinan akan berkurangan atau tiada lagi. 

7. Anda tidak seharusnya mencampurkan susu perahan dengan sewenang-wenangnya. Susu perahan hanya boleh dicampur jika diperah pada hari yang sama dan juga berada di dalam keadaan suhu yang sama sahaja. 

8. Susu yang telah disejukkan tidak boleh terus dicampur kepada susu yang baru diperah. Sejukkan suhu perahan yang kedua terlebih dahulu agar suhunya sama sebelum mencampurkan kedua-duanya. 

9. Gunakan botol atau plastik khas untuk menyimpan susu. Botol yang tidak diiktiraf sebagai botol menyimpan susu akan dikhuatiri mempengaruhi susu perahan.


Cara Menyimpan Susu Ibu Untuk Perjalanan Jauh

Untuk perjalanan jauh, susu ibu boleh disimpan dalam cooler bag. 

Tempoh penyimpanan susu ibu dalam cooler bag adalah sekitar 8 hingga 10 jam. Tempoh ini bergantung kepada keadaan pek ais anda. Ini adalah kerana pek ais yang semakin mencair akan berubah suhunya. 

Pek ais cooler bag dicipta sesuai dengan purata waktu bekerja normal iaitu 8 jam. Jika anda dalam perjalanan jauh, letakkan pek ais lebih banyak dari biasa untuk mengekalkan suhu di dalam ‘cooler bag’ anda.


Tempoh Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan Sebelum Rosak

Cara penyimpanan susu ibu yang betul penting untuk memastikan kebersihan dan kesegaran susu kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi!

1. Susu yang baru diperah boleh bertahan selama 3 hingga 4 jam di dalam suhu bilik. 

2. Susu beku yang sudah dicairkan di bahagian peti ais boleh disimpan selama 24 jam. Selepas memanaskan susu perahan, berikan kepada bayi anda terus atau dalam masa 3 jam selepas dipanaskan.


Cara Mengetahui Susu Ibu Rosak

1. Warna bertukar dari putih susu kepada kekuningan

2. Bau sudah berubah menjadi seakan busuk dan tengik

3. Berbuih 


Seronok Lihat Susu Meriah Lepas Makan Kurma Ajwa Asli dari Madinah

Kurma Ajwa yang juga dikenali dengan nama Kurma Nabi merupakan kurma yang sangat baik. Untuk ibu-ibu yang sedang menyusu, kurma ajwa boleh dijadikan salah satu ikhtiar cara banyakkan susu badan secara selamat.

Ramai yang dah cuba. Ramai juga yang dah berjaya. Alhamdulillah dapat bantu ibu-ibu yang perlu hantar stok susu ibu pada bayi pramatang di hospital juga. 

Seronok lihat perubahan susu tambah banyak sebelum dan selepas makan kurma ajwa. 


kurma-tambah-susu-badan

kurma-ajwa-tambah-susu-badan

kurma-nabi-tambah-susu-badan


Sejarah Kurma Ajwa Asli Madinah

"Kenapa Kurma Ajwa disebut sebagai kurma nabi? Apa sebabnya?"

Kurma Ajwa pertama kali ditanam oleh Rasulullah SAW. Lokasinya di tanah bersebelahan dengan Masjid Quba, Madinah. Pada masanya, Rasulullah SAW selalu makan kurma tika berbuka puasa. 

Adapun begitu, nama Ajwa di ambil dari nama anak kepada Salman Alfarisi, seorang Nasrani yang akhirnya memeluk agama Islam dan mewakafkan kebun kurmanya di jalan Islam untuk perjuangan Islam. 

Sebagai penghargaan dan untuk mengenang jasa-jasanya itulah, Rasulullah SAW akhirnya menamakan kurma yang sering dimakannya ketika berbuka puasa dengan nama kurma ajwa.

Inilah sejarah kenapa kurma ini dinamakan kurma ajwa yang juga disebut dengan nama Kurma Nabi hingga ke hari ini.

cara-tradisional-tambah-susu-badan


Kelebihan Kurma Ajwa Kami Berbanding Ajwa Lain

1) Ajwa Asli dari Madinah 100% / Original tanpa was-was 

2) Tak risau kurma ajwa palsu lagi, banyak kurma ajwa claim dari Madinah tapi sbenarnya pokok yaman/iran. Rihura 100% dari Madinah, Saudi Arabia 

3) Pembekal kurma Ajwa Rihura adalah berpengalaman sejak 1990-an lagi dan mempunyai ladang kurma Ajwa sendiri di Madinah. 

4) Kurma Ajwa Rihura tak terlalu kering seperti di pasaran luar, stok terbaru dari Madinah berbanding pembekal lain. 

5) Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura moist, lembab dan sedap. Tak terlalu manis macam kurma lain. 

6) Sesuai untuk ibu mengandung, ibu hamil, individu nak diet, ingin makanan yang cepat kenyang, ingin cegah gangguan sihir/saka/gangguan umum dalam diri.

Berminat nak cuba kurma ajwa asli Madinah untuk banyakkan susu badan? Boleh beli secara terus di Shopee melalui pautan bawah. 


cod-kurma-ajwa



Jemput join :

Group Telegram Rasmi πŸ‘‰ Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi πŸ‘‰ Info Ibu Hamil & Baby Malaysia




0 Comments