Ciri Hamil 1 Minggu : Tanda Tanda Kehamilan Minggu Pertama

Ciri Hamil 1 Minggu : Tanda Tanda Kehamilan Minggu Pertama | Detik kehamilan satu saat yang sangat istimewa. Perkembangan janin bermula sejak 1 minggu dalam kandungan. Dan ibu perlu melalui tempoh kehamilan sehingga hampir 40 minggu untuk melahirkan (bersalin).

Hamil 1 minggu apa yang dirasakan?

Apakah hamil 1 minggu sudah ada tanda-tandanya?

Adakah hamil 1 minggu boleh check guna pregnancy test?

Ini antara soalan yang sering diajukan oleh ibu-ibu yang masih belum pasti adakah diri sedang hamil atau tidak. 

hamil-1-minggu
bentuk perut hamil 1 minggu tak seperti ini, hamil 1 minggu masih belum kelihatan pada masa kasar


Bagi menjawab persoalan tadi, ini jawapannya. 

Hamil 1 minggu apa yang dirasakan

Antara ciri hamil 1 minggu yang sering ibu-ibu lain kongsikan adalah seperti :

  • semakin kerap buang air kecil
  • mudah berasa penat
  • sensitif terhadap bau
  • muncul keinginan untuk makan sesuatu makanan tertentu (mengidam)

Apakah hamil 1 minggu sudah ada tanda-tandanya

Selain gejala di atas, ada lagi beberapa tanda lain yang boleh berlaku pada ibu hamil seawal usia kehamilan 1 minggu ini. Antara tanda-tanda hamil 1 minggu yang lain itu adalah :

  • Mual dengan atau tanpa muntah
  • haid belum datang (lewat)
  • Perut kembung
  • Jerawat
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Sakit atau kram pada bahagian perut.
  • Payudara menjadi bengkak dan sensitif
  • Pertambahan berat badan 
  • Emosi semakin sensitif dan mudah terganggu
  • Perbezaan sikap berbanding sebelumnya

Mual atau morning sickness bagi banyak wanita adalah tanda kehamilan yang paling awal.


saiz-hamil-1-minggu

Adakah hamil 1 minggu boleh check guna pregnancy test

Belum.

Hamil 1 minggu ini sebenarnya janin masih belum terbentuk. Pembuahan mungkin lagi belum berlaku. Ia masih diperingkat sel telur. Oleh kerana itu, pregnancy test masih belum mampu untuk memberikan hasil positif ketika di cek.



Detik minggu-minggu terawal dalam kehamilan merupakan tempoh masa yang sangat penting. Ibu-ibu perlu peka dengan perubahan diri. 

Kesilapan ibu dengan mengambil makanan atau minuman yang boleh memberi impak pada kandungan. Besar kemungkinan boleh keguguran.

Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keguguran 

Antara makanan dan minuman yang dikatakan boleh menyebabkan keguguran di saat awal kehamilan ini adalah :
  • Nenas
  • Alkohol
  • Hati ayam / lembu
  • Daun lidah buaya / aloe vera
  • Betik
  • Susu yang belum diproses
  • Ubat-ubatan (elak makan panadol dan ubat lain walau sakit kepala)
  • Kafein
  • Herba
  • Makanan kurang masak
  • Sayur yang tak dibasuh
  • Makanan pedas
  • Makanan laut



Ibu Perlu Siapkan Diri Untuk Sambut Kehamilan

Ibu-ibu juga perlu menjaga makan minum supaya janin yang sedang terbentuk boleh terus tumbuh sihat dalam kandungan.

1. Minum Banyak Air Kosong

Bermula dari kehamilan minggu pertama, ibu perlu terapkan gaya hidup sihat. Banyakkan minum air kosong. Jangan lagi minum air bergas. Kurangkan makanan yang manis-manis. Hentikan alkohol untuk mereka yang bukan beragama Islam. Jangan merokok dan jauhkan juga diri dari asap rokok.

2. Kenal Pasti Bila Waktu Subur

Ketika tubuh melepaskan sel telur selama ovulasi, ia memiliki waktu antara 12 hingga 24 jam untuk hidup. Jika kebetulan berlaku persenyawaan ketika waktu subur ibu, maka peluang tanda-tanda tadi sebagai simptom awal kehamilan adalah lebih tinggi.


3. Makan Vitamin

Saat ini tubuh ibu perlu kuat dan sihat untuk bantu memberikan yang terbaik kepada perkembangan janin yang baru bermula. Ibu perlu banyakkan makan makanan berkhasiat. Ibu juga disarankan makan vitamin sebagai makanan tambahan.

4. Makan Kurma Ajwa

Kurma Ajwa merupakan buah yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri kepada ibu-ibu yang sedang hamil.

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” 
[HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Kandungan Yang Terdapat Dalam Kurma 


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. 

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  

Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. 

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Kebaikan Makan Kurma Ketika Hamil Pada Ibu dan Janin 

  1. Membekalkan tenaga pada ibu
  2. Baik untuk perkembangan bayi yang sedang terbentuk
  3. Melancarkan pencernaan dan bagus untuk sembelit
  4. Mencegah masalah kurang darah (anemia)
  5. Meningkatkan sistem imun tubuh 
  6. Memudahkan ibu bersalin tanpa induce 
  7. Mempersiapkan diri hingga ke tahap penyusuan nanti



Cara Amalan Makan Kurma Yang Boleh Diamalkan 

1. Makan Kurma Ajwa Setiap Hari , Sebaiknya 7 Biji Tiap Pagi 

Sabda Rasulullah SAW;
 “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :


“‏ مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ ‏”

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 

[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]


2. Minum Air Rendaman Kurma (Air Nabeez)

Air rendaman kurma dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya. 

Air rendaman kurma salah satu pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Caranya cukup mudah dengan hanya rendam kurma yang telah ditetapkan dan bolehlah minum sewal pagi. 

3. Minum Susu Bercampur Kurma (Air Susu Kurma)

Kurma terkenal sebagai ‘superfood’ nombor satu di dunia. Kurma bersifat anti-kanser dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. 

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma bila dicampur bersama dengan susu akan membuatkan minuman ini bertambah bagus untuk ibu dan bayi.

Kelebihan Kurma Ajwa Kami Berbanding Kurma Lain 

1) Kurma Ajwa yang kami jual Asli dari Madinah 100% / Original tanpa was-was 

2) Tak risau kurma ajwa palsu lagi kerana banyak kurma ajwa di claim dari Madinah tapi sebenarnya pokok yang ditanam di Yaman/Iran. Kurma Ajwa yang diedar oleh kami (Rihura) 100% dari Madinah, Saudi Arabia 

3) Pembekal kurma Ajwa kami (jenama Rihura) sudah berpengalaman sejak tahun 1990-an lagi dan pembekal kami mempunyai ladang kurma Ajwa sendiri di tanah Madinah. 


cara-tradisional-tambah-susu-badan


4) Kurma Ajwa Rihura tak terlalu kering seperti di pasaran luar, stok terbaru dari Madinah berbanding pembekal lain. 

5) Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura moist, lembab dan sedap. Tak terlalu manis macam kurma lain. 

6) Sesuai untuk ibu mengandung, ibu hamil, individu nak diet, ingin makanan yang cepat kenyang, ingin cegah gangguan sihir/saka/gangguan umum dalam diri.


Sebahagian Testimoni Pengguna 


hamil-1-minggu-makan-kurma

kurma-ajwa-sedap

ibu-hamil-makan-kurma



Berminat nak cuba kurma ajwa asli Madinah untuk banyakkan susu badan? Boleh beli secara terus di Shopee melalui pautan bawah. 


cod-kurma-ajwa


Jemput join :

Group Telegram Rasmi 👉 Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi 👉 Info Ibu Hamil & Baby Malaysia




0 Comments