5 Cara Cepatkan Mudah Bersalin Tanpa Induce

5 Cara Cepatkan Mudah Bersalin Tanpa Induce | Ibu-ibu pasti mahukan pengalaman melahirkan anak yang mudah. Kalau boleh nak cara cepatkan bersalin dan cara mudah bersalin tanpa induce. Tak mahu tanggung sakit bersalin lama-lama.

Cara mudah bersalin memang ada. Terdapat pelbagai kaedah dan tips yang digunakan oleh ibu-ibu lain sebagai cara cepatkan bukaan rahim untuk mudah berasalin. Bila bukaan rahim (serviks) terbuka dengan cepat, proses bersalin boleh berlaku dengan lebih mudah dan senang.

mudah-bersalin-tanpa-induce
Cara Cepatkan Mudah Bersalin Tanpa Induce 


Laluan Serviks Untuk Melahirkan Anak 

Semasa mengandung, serviks akan tertutup rapat dan ia perlu dilembutkan supaya bayi boleh memasuki ke saluran kelahiran. 

Menjelang akhir trimester ketiga, serviks biasanya akan menjadi lembut untuk memulakan proses peregangan dan melebar. Proses ini sangat penting untuk bayi keluar dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, untuk kehamilan buat kali pertama, kematangan serviks ibu mesti berlaku sebelum fasa kelahiran aktif bermula. Kelahiran aktif adalah kontraksi biasa, panjang dan kuat yang bertindak pada serviks. 

Untuk kehamilan seterusnya, proses pelebaran dan pembukaan serviks boleh berlaku dalam masa yang sama. Serviks yang terbuka membolehkan bayi melaluinya. Disebabkan itu, penting untuk mengamalkan cara-cara untuk mempercepatkan pembukaan serviks.

Lagi cepat serviks terbuka, lebih lancar proses bersalin. Ibu tak perlu tahan sakit lama-lama dan bayi boleh keluar dengan senang dan selamat.

Apa Jadi Jika Serviks Tak Nak Terbuka?

Memang ada dikalangan ibu-ibu yang berdepan dengan masalah ini. Ibu-ibu terpaksa mengharungi masa sakit bersalin yang sangat lama sehingga 24 jam kerana serviks tidak mahu terbuka. 

Kalau terbuka pun sedikit saja dan makan masa yang lama untuk terus terbuka ke tahap maksimum untuk bayi keluar.

Dalam kes ini, doktor akan melakukan pemeriksaan untuk lihat kelebaran saiz serviks. Jika berlanjutan, induksi (induce) perlu diberi pada ibu. 

Induce ini merupakan sejenis ubat yang akan memaksa serviks untuk terbuka dengan cepat. Akibat dari induce ini boleh menyebabkan rasa sakit kerana serviks dipaksa terbuka secara paksa berbanding terbuka dengan sendirinya secara semulajadi. 

Demi keselamat bayi, ibu perlu bersedia untuk di induce dalam keadaan ini kerana jika proses bersalin berpanjangan, ia boleh membawa kesan negatif kepada bayi.

Untuk mengelakkan induksi (induce), wanita hamil disarankan untuk mencuba kaedah semulajadi bagi melembut dan mempercepat pembukaan serviks.

Cara Mempercepatkan Pembukaan Serviks Secara Semulajadi

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? 

Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim?

Di sini, kami kongsikan beberapa petua dan tips mudah bersalin yang selalu diamalkan oleh ibu-ibu di Malaysia.

1. Selarikan kaki bantu cepatkan proses melahirkan anak 

Kebanyakan wanita hamil akan berdiri secara semulajadi dengan kaki terbuka (berbentuk V). Tetapi meletakkan jari kaki secara selari dapat memisahkan tulang sitz – yang membuka pelvis dan ‘memujuk’ bayi ke posisi yang betul. Ini sekali gus membantu mempercepat pembukaan serviks. 

2. Keseimbangan badan 

Keseimbangan tubuh juga penting dalam mempercepatkan proses bersalin ini. Cuba berdiri dengan kedudukan pinggul di atas pergelangan kaki – bukannya menekan perut. Sebaiknya amalkan untuk duduk secara menegak dan bukannya membongkok. 

3. Birthing ball bantu mempercepat pembukaan serviks 

Menggoyang dan memantulkan (bouncing) pinggul menggunakan birthing ball dapat membuka pelvis dan berkemungkinan mempercepatkan pelebaran serviks. 

4. Aktiviti berjalan 

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki membuatkan bayi akan menekan rahim. Ia dipercayai membantu serviks terbuka dan melembut. Sebelum tu, ibu-ibu tahu tak apa itu induce?

5. Amalkan Petua Mudah Bersalin Dalam Islam

Selain tips di atas tadi, ada juga petua mudah bersalin dalam Islam. Antaranya baca surah Yasin setiap kali lepas solat dan makan kurma ajwa untuk persediaan diri dan tambahkan tenaga.

"Ehh.. Betulkah makan kurma mudah bersalin?"

Ya! Kurma boleh bantu mempercepatkan bukaan serviks

Makan Kurma Untuk Mudah Bersalin, Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad

makan-kurma-cepat-bersalin
makan kurma kesan positif pada proses kelahiran

Apakah cara betul amalan makan kurma yang boleh ibu hamil lakukan dalam berusaha memastikan proses kelahiran bayinya dapat berlangsung dengan lancar?
Dalam banyak kajian yang dibentangkan tadi, pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil. Jadi boleh amalkan 4-6 biji kurma sehari.
Pengambilan kurma memberikan kesan yang sangat baik.
Dalam satau kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2017, pengamalan kurma ketika hamil (terutamanya di peringkat akhir kehamilan), memberikan kesan positif pada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Rujuk: Date fruit consumption at term: Effect on length of gestation, labour and delivery. Obstet Gynaecol . 2017 Jul;37(5):595-600.
Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil 6 -8 biji sehari. Jika berada di minggu akhir kehamilan (pada minggu 36 ke atas) oleh ambil 8-10 sehari bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian.
Bagi wanita yang ada masalah diabetis semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doctor. Saya mencadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih muih dan kek dan menggantikannya dengan kurma (yang lebih natural dan merupakan karbohidrta yang kompleks).
Boleh ambil 4-6 biji kurma, ambil 2-3 biji waktu pagi dan 2-3 biji waktu malam. Boleh juga dimasukkan dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula atau dalam makanan seperti mencampurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran yang segar.

Perkongsian Pengalaman Mudah Beranak Bila Amal Makan Kurma

Ibu hamil tak perlu risau untuk makan kurma ketika hamil.

Ini buktinya. Telah ramai ibu luar sana yang amalkan makan kurma ketika hamil sebagai cara bersalin paling mudah.

makan-kurma-mudah-bersalin
kurma bantu ketika mengandung dan bersalin


Dalam Banyak-Banyak Kurma Di Pasaran, Kurma Ajwa Tetap No.1

Kurma ajwa merupakan kurma nabi. Sejarah kurma ajwa bermula bila Nabi Muhammad SAW sendiri menanam pokok pertama kurma ini di kawasan berdekatan Masjid Quba di Madinah.

Keunikan dan kelebihan kurma ajwa berbanding kurma lain adalah :
1. Disebut dalam hadis (Penawar Racun) 2. Mengandungi nutrien yang tinggi (gula semulajadi, serat, kalsium, zat besi, vitamin) 3. Sumber Antioksidan 4. Melindungi badan daripada penyakit 5. Khasiat untuk ibu mengandung, bentukkan janin dengan baik
6. Khasiat untuk ibu bersalin, mudahkan proses kelahiran
7. Tambah tenaga waktu hamil dan ketika ingin melahirkan 7. Tambah susu badan dengan meriah
8. Melancarkan penghadaman dan kurangkan sembelit
9. Boleh amal makan dalam pantang

Nak dapatkan kurma ajwa tak susah, boleh terus beli secara online.

Baca Juga :

buah-kurma-ajwa-asli-madinah
Kurma Ajwa Asli ditanam di Tanah Madinah

Kelebihan Buah Kurma Ajwa Kami Berbanding Yang Lain 

1) Ajwa Asli dari Madinah 100% / Original tanpa was-was 

2) Tak risau kurma ajwa palsu lagi, banyak kurma ajwa claim dari Madinah tapi sbenarnya pokok yaman/iran. Rihura 100% dari Madinah, Saudi Arabia 

3) Pembekal kurma Ajwa Rihura adalah berpengalaman sejak 1990-an lagi dan mempunyai ladang kurma Ajwa sendiri di Madinah. 

4) Kurma Ajwa Rihura tak terlalu kering seperti di pasaran luar, stok terbaru dari Madinah berbanding pembekal lain. 

5) Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura moist, lembab dan sedap. Tak terlalu manis macam kurma lain. 

6) Sesuai untuk ibu mengandung, ibu hamil, individu nak diet, ingin makanan yang cepat kenyang, ingin cegah gangguan sihir/saka/gangguan umum dalam diri.

Berminat nak cuba kurma ajwa asli Madinah untuk dapatkan khasiatnya? Boleh beli secara terus di Shopee melalui pautan bawah. 


cod-kurma-ajwa

Kesimpulan 

Jangan takut untuk bersalin. Lepas tengok muka anak, hilang semua sakit. Tapi ada baiknya untuk amalkan tips dan cara bersalin dengan mudah tanpa induce sebagai persediaan.

Memakan kurma pada minggu-minggu akhir kehamilan dipercayai dapat meningkatkan kematangan dan pelebaran serviks pada fasa awal kelahiran. 

Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keperluan penggunaan Pitocin semasa bersalin. Pitocin adalah versi sintetik hormon oksitosin yang dihasilkan secara semula jadi. Kurma ajwa tak ubah seperti natural inducer untuk bersalin normal dengan cepat.

Selain amal makan kurma ajwa (kurma nabi) jangan lupa solat dan berdoa emoga Allah SWT mempermudahkan segalanya.

Itulah dia petua mudah bersalin untuk ibu-ibu di sana. Didoakan semoga ibu-ibu berjaya mencapai impian untuk bersalin dengan mudah dan cepat berkat amalan dan makan kurma ajwa ini selalu.

Jom Makan Kurma untuk Mudah Bersalin!


Rujukan :




Jemput join :

Group Telegram Rasmi πŸ‘‰ Ibu Hamil Malaysia 

Group FB Rasmi πŸ‘‰ Info Ibu Hamil & Baby Malaysia

0 Comments