Kenali Pemilik Blog



Blog KurmaSunnah.com ini dimiliki oleh PUAN SITI AWADAH, seorang ibu kepada 6 orang cahayamata. Puan Awadah berasal dari Utara, kini menetap di Pantai Timur. 
Beliau bergelar seorang surirumah sepenuh masa demi untuk menjaga ke enam-enam anaknya sendiri.
Untuk membantu meringankan beban suami, beliau mula mencari ikhtiar cara jana pendapatan tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. 

Akhirnya beliau memilih blog sebagai medan untuk membina kerjaya. Ini disebabkan oleh minat beliau sendiri yang amat suka dengan dunia penulisan maya dan digital marketing.
Sesuai dengan status diri sebagai seorang ibu, beliau memilih genre ibubapa dan rumahtangga sebagai topik utama blog. 
Hari demi hari beliau menaip di dada blog dengan penuh konsisten dengan nama blog SIS HAWA DOT COM sejak Januari 2017 hingga kini.

Berkat usaha naikkan blog personal tersebut, pada Tahun 2019 yang lalu, Puan Siti Awadah berjaya mewujudkan syarikat Bite Media Consultants dengan niat untuk berkongsi ilmu tentang dunia jana income melalui penulisan blog. 
Usaha itu berjaya menghimpunkan ramai penulis-penulis blog tempatan yang aktif dalam Malaysia. Team itu diberi nama sebagai BITERS

Tahun 2021, Puan Siti Awadah telah mewujudkan satu 'circle' bagi menghimpunkan peniaga-peniaga yang berminat untuk saling belajar dan berkongsi ilmu tentang dunia perniagaan online. Circle ini dikenali sebagai Gerakan Usahawan Maju atau singkatannya GUM.

Untuk tahun 2022, Puan Siti Awadah mengambil keputusan untuk memanfaatkan dunia marketing online sepenuhnya bagi memulakan sebuah perniagaan berasaskan makanan sunnah secara atas talian dengan nama HAWA FOOD
Puan Siti Awadah memilih Kurma Ajwa Asli Madinah by Rihura sebagai produk utama dan kedai online Hawa Food beroperasi sepenuhnya melalui SHOPEE

Untuk berhubung dan berkenalan dengan Puan Siti Awadah secara lebih dekat lagi, boleh hubungi beliau dengan mengisi borang 'contact form' DI SINI
Terima kasih kami ucapkan atas kesudian anda singgah di blog ini. 
Ada masa, jemput hadir ke sini lagi untuk mendapatkan bahan bacaan santai bermanfaat untuk semua.
Assalamualaikum, jumpa lagi.