Tentang Kurma Sunnah

Portal Kurma Sunnah ini diwujudkan dengan niat untuk berkongsi tentang manfaat buah kurma yang ada di sebut dalam Al-Quran dan Hadis. 

Bagi kami, buah kurma sangat istimewa dan disebabkan itu kami mengangkat martabat buah kurma ini dengan menjadi wakil penjual Kurma Ajwa Asli Madinah bersama team RIHURA. 

Kurma dari Sumber Al Quran


وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
[Al-An'aam : 141]

(Dan Dialah yang menjadikan) yang telah menciptakan (kebun-kebun) yang mendatar di permukaan tanah, seperti tanaman semangka (dan yang tidak terhampar) yang berdiri tegak di atas pohon seperti pohon kurma (dan) Dia menjadikan (pohon kurma dan tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya) yakni yang berbeda-beda buah dan bijinya baik bentuk maupun rasanya (dan zaitun dan delima yang serupa) dedaunannya; menjadi hal (dan tidak sama) rasa keduanya (Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah) sebelum masak betul (dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya) dengan dibaca fatah atau kasrah; yaitu sepersepuluhnya atau setengahnya (dan janganlah kamu berlebih-lebihan) dengan memberikannya semua tanpa sisa sedikit pun buat orang-orang tanggunganmu. (Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan) yaitu orang-orang yang melampaui batas hal-hal yang telah ditentukan bagi mereka.



{فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (23) فَنَادَاهَا مِن تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا (24) وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25)}
[مريم : 23-25]

( 23 )   (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
( 24 )   Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
( 25 )   Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (Surah Mariam : 23-25)


Antara Hadis dan Riwayat Tentang Buah Ajwa' 

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi)

“Daripada Aisyah bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : kurma Ajwa' berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." (riwayat al-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :  “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu

Sedikit Info Berkaitan Kurma Ajwa Asli Madinah by Rihura

Bertapak dalam Industri sejak March 2020 yang lalu, Rihura merupakan perniagaan usahawan Bumiputera yang telah membantu ramai individu yang terdiri daripada kalangan kaum ibu, anak-anak dan seisi keluarga dalam mendapatkan makanan sunnah terbaik Kurma Ajwa dengan stok Original dari Madinah.

Rihura sentiasa berusaha sedaya upaya dalam menjaga mutu Kurma Ajwa Original Madinah yang di bawa masuk ke Malaysia ini masih dalam segar dengan stok terbaharu. 



Alhamdulillah, saat ini sudah hampir 10,036 pek Kurma Ajwa Rihura original asli dari Madinah telah terjual di dalam pasaran Malaysia.

Kurma Ajwa Original Madinah dari Rihura merupakan penyelesaian kepada ibu-ibu yang prihatin akan kesihatan dan pemakanan anak-anak. 

Ia memberi kesan terbaik sebagai milkbooster, brain booster dan energy booster. 

Bermula dengan masalah kesihatan yang serius sehingga terpaksa mengubah gaya hidup dan pemakanan, Rihura ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah by Rihura

Antara keistimewaan utama Kurma Ajwa kami berbanding kurma Ajwa lain yang ada di pasaran adalah:

1) Asli dari Tanah Madinah
2) Mempunyai Certificate of Origin Arab Saudi
3) Kualiti Eksport (Kualiti Antarabangsa)
4) Kualiti Premium (Buah Paling Elok)
5) Stok terbaru masuk Malaysia
6) Pembekal mempunyai Ladang sendiri di Madinah
7) Pembekal berpengalaman sejak tahun 1990-an





Kami juga sedar harga Kurma Ajwa Asli Madinah ini agak 'mahal' berbanding dengan kurma biasa kerana darjat standardnya yang tak patut direndahkan. 

Sebagai penyelesaian, Rihura mengambil inisiatif dengan membuat pembungkusan mengikut timbangan 100 gram, 200 gram dan 1KG. Harga menjadi mampu milik untuk semua golongan membeli dan mencubanya. 

Anda kini boleh merasa kenikmatan dan kebaikan khasiat Kurma Ajwa Sunnah Asli dari Madinah ini dengan harga serendah RM10 sahaja untuk 100 gram berat.  


kurma-ajwa-madinah


Melalui platform Kurma Sunnah ini juga, kami ingin berkongsi pelbagai info dan tips menarik lain untuk bacaan para pembaca. 

Artikel yang kami siarkan di sini, dikongsikan dari pengalaman, hasil pembelajaran, pembacaan buku-buku dan carian Google yang berkaitan dengan sesuatu topik tersebut.

Akhir kata, terima kasih sudi singgah di sini dan kami doakan anda sentiasa dilindungi olehNya Yang Maha Esa. 

Aamiin.